Kamu yang berasal dari tulang rusuk dada
hadirmu lemah tapi bermakna
ditentukan Tuhan Azzawajalla
untuk dilindung dan dibelai mesra

perwatakanmu halus belaka
sukar diramal penuh rahsia
mudah tertipu,terkecoh dan terpedaya
pandanganmu hanya sampai kelihatan saja

kaulah yang hidup bagai bintang dan pelita
tanpa kau disisi siapalah kita
kau yang mempunyai senjata berbisa
kaulah yang bergelar gadis,isteri dan bonda...

kau umpama mekar segar di taman
melemahkan setiap kita yang berpandangan
kau mampu memenggal leher kita dengan kejelitaan
terkulai layu pada setiap kata yang diucapkan

ingatlah wahai gadis yang diciptakan
kecantikanmu tak bererti tanpa ada sifat kemuliaan
peliharalah akhlak dan kesucian
kau diaharapkan menjadi penyelamat umat
dari dihina dan dicincang lumat....

tidak mungkin ku bahagia tanpanya
menerangi setiap ruang di kamar gelita
mengisi kekosongan di dada
kebijaksanaanmu menajamkan minda
ketaatanmu dan kesetiaanmu membawa ke syurga

usahlah kau calarkan aku dgn kemungkaran
jangan kau tangiskan aku dgn kecurangan
jangan kau hancurkan sebuah harapan
memiliki isteri solehah sebagai impian
menjadi sumber inspirasi dan kebahagiaan..

kau yang cukup menderita
berkorban keringat dan nyawa
mengandung,menjaga walau diri terseksa
membesarkan dan mendidik sepenuh jiwa

kau pembentuk umat sepanjang zaman
kau yang melahirkan para nabi,khalifah dan pahlawan
hanya airmata teman bicara
kau yang disanjung...kaulah bonda...

wahai yang bergelar wanita
kau sangat dipandang mulia
dari kalamullah hingga hadis rasulullah
peliharalah keharumanmu sebagai wanita solehah
walau dimana jua kamu berada
kaulah srikandi kita...

Kenangan
Kenangan..tetap kenangan
yang berlalu akan terus berlalu
untuk dikecapi kemabli adalah mustahil
Bak kata Iman Al-Ghazali..
"perkara yang jauh ialah masa lampau"
makin dikejar makin kencang ia berlari
untuk dimiliki sekali lagi..
hanya satu mimpi di dunia realiti


Usah hidup dengan mengenang masa lalu..
Semalam telah pergi..
Yang tinggal cuma hari ini..
Esok belum pasti..
Hidup sepuasnya dihari ini
Cuma ini yang kita miliki...
Bersyukurlah sekurang-kurangnya..
kita mampu memiliki hari ini...


Berdirilah dengan optimis
Moga langkah kita tdiak pincang lagi
Kerana langkah yang pincang...
pengakhirannya mengecewakan!!
Memandanglah dengan realistik
Moga kita tidak bermimpi di siang hari..
kerna mimpi di siang..
Indah hanya sementara..
Ia pergi bila tersedar dari lena...


Kenangan ..
biarpun manis dan segar dalam ingatan..
tak terjangkau oleh pandangan..
ingin diulangi..tiada lagi teman-teman


Kenangan...
walaupun pahit..terpahat di hati..
kekadang membuat diri menangis sendiri..
Taubat nasuha..takkan diulangi..
Jadikan sempadan andai esok menjengah lagi..
Hiduplah sepuasnya... .
Moga kenangan hari ini..menjadi teman di hari tua... .
Membuat diri tersenyum..andai benar...
ia adalah kenangan antara kenangan ..
yang mampu kita miliki..

"jangan lupa DIA... pemberi segala NIKMAT di dunia"

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

teman...
perkenalan pada mulanya hanya sebagai seorang sahabat,
tdak lebih dari itu... .
kau dan aku sama-sama perasan yang kita banyak persamaan...
antara perangai dan minat...

teman...
hadirmu menyinari kehidupanku yang selama ini kelam,sepi dan pilu..
kau beri aku nasihat dan dorongan supaya tabah mengharungi
kehidupan di dunia yang banyak dugaan ini... .
kau sungguh baik... .

sedihku,sedihmu jua...
gembiraku,gembiramu jua... .
aku bangga mendapat teman sepertimu... .
terima kasih kerana doronganmu padaku... ..
yang mendewasakan aku dari hari ke hari... ..
terima kasih temanku... ..




Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Sesungguhnya hati itu boleh bosan seperti badan. Oleh kerana itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati."

Dan katanya pula: "Istirahatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, boleh buta."

Abu Darda' pun berkata juga: "Sungguh hatiku akan kuisi dengan sesuatu yang kosong, supaya lebih dapat membantu untuk menegakkan yang hak."

Oleh kerana itu, tidak salah kalau seorang muslim bergurau dan bermain-main yang kiranya dapat melapangkan hati. Tidak juga salah kalau seorang muslim menghibur dirinya dan rekan-rekannya dengan suatu hiburan yang mubah, dengan syarat kiranya hiburannya itu tidak menjadi kebiasaan dan perangai dalam seluruh waktunya, iaitu setiap pagi dan petang selalu dipenuhi dengan hiburan, sehingga dapat melupakan kewajiban dan melemahkan aktivitasnya. Maka tepatlah pepatah yang mengatakan: "Campurlah pembincangan itu dengan sedikit bermain-main, seperti makanan yang dicampur dengan sedikit garam."

Dalam bermain-main itu, seorang muslim tidak diperkenankan menjadikan harga diri dan identitas seseorang sebagai sasaran permainannya. Seperti firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satu kaum merendahkan kaum lain sebab barangkali mereka (yang direndahkan itu) lebih baik dari mereka (yang merendahkan).” (al-Hujurat: 11)

Tidak juga diperkenankan dalam berguraunya itu untuk ditertawakan orang lain, dengan menjadikan kedustaan sebagai wasilah. Sebab Rasulullah telah memperingatkan dengan sabdanya sebagai berikut:

"Celakalah orang yang beromong suatu omongan supaya ditertawakan orang lain, kemudian dia berdusta. Celakalah dia! Celakalah dia!" (Riwayat Tarmizi)

;;